Friday, 10 May 2024

UniSZA tawar biasiswa pengajian kepada Amalin

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

Ziarah Kasih @ UniSZA Pihatin

Rantau Panjang, 30 September 2021 - Nur  Syaffah Binti Samah, seorang pelajar lepasan Matrikulasi Kelantan telah berjaya mendapat tawaran bagi menyambung pelajaran ke Universiti Sultan Zainal Adibin (UniSZA) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dengan Kepujian selama tiga tahun.

Baru-baru ini telah tular di media sosial apabila Amalin yang berusaha keras mencari wang untuk membayar yuran pendaftaran pengajian dengan mengerah keringat sebagai penoreh getah yang terletak sejauh 30KM dari rumahnya.


Berkat keprihatinan pihak UniSZA, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, YBrs. Encik Muzafar Mohd Din dan wakil Pejabat Wakaf & Endowmen yang mewakili YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor (Menjalankan Fungsi) UniSZA telah menyampaikan bantuan dan sumbangan berbentuk Tawaran Biasiswa Pengajian Dana Wakaf UniSZA, Bakul Kasih dan Cenderahati UniSZA kepada Amalin dan keluarganya.

Amalin bakal menerima biasiswa akan ditanggung dari segi Yuran Pengajian, Yuran Asrama dan Sara Hidup selain bantuan yang turut disumbangkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UniSZA yang telah menyalurkan bantuan sara hidup sebanyak RM 1,000 sebagai wang pendahuluan pengajian.

Mesra dengan panggilan Amalin, beliau merupakan anak sulung dari lima beradik telah berjaya memperoleh PNGK 3.71 sewaktu peringkat Matrikulasi. Amalin belajar dalam keadaan serba serbi kekurangan yang mana dia tidak mempunyai komputer riba dan hanya belajar dengan menggunakan telefon bimbit.

Saman bin Mohd Din dan Azilina binti Zakaria masing-masing merupakan bapa dan ibu kepada Amalin membanting tulang sebagai penoreh getah. Mereka tujuh beranak tinggal di sebuah rumah yang serba kekurangan dan dhaif.

Lebih menyayat hati, anak kedua, keempat dan kelima bagi pasangan ini mengalami masalah lembam, autisme dan hiperaktif.

Semoga Amalin dapat belajar bersungguh-sungguh dan mencapai cita-citanya sebagai Akauntan yang berjaya demi mengubah nasib keluarganya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2024 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara